Ahad, 25 September 2011

Dah lama x menulis kat sini. sibuk sibuk sibuk. Tapi hari ini terasa nak tulis pulak. hari ni dah dekat2 bulan 10. beberapa hari lagi nak melangkah bulan baru. kejapnya masa. pejam celik pejam celik dah dekat2 hujung tahun. dah 7 bulan aku jd suami kepada sam. kejapnya masa rasa baru semalam aku menikah tup tap dah masuk bulan ke 7. cabaran semakin besar mendatang....teruskan perjuangan.

Isnin, 4 Oktober 2010

Nama-nama Jawa

Org Jawa, apabila mendapat anak, masa lahir lagi dah diniatkan harapan mak bapak bila anak tu besar esok. Jadi, bila bagi nama, selalunya nama tu ada kena mengena dgn harapan tadi. Walau bagaimanapun, takut jugak tak menjadi, jadi disamar2kanlah maksudnya….

Berikut diturunkan beberapa nama2 tersebut:

- Harap2 besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.

- Pandai membaiki kereta, namakan Karman

- Everage dlm golf, Parman

- Pandai dlm penulisan, Suratman

- Gagah perkasa, Suparman

- Boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman

- Selalu bertanya, Azman(loghat jawa bunyi Asman)

- Pandai buat kuih, Paiman

- Pakar jualan, Salman

- Pakar pasal alam sekitar, JASman

- Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman

- Doktor gigi, Sigiman

- Supaya cepat naik pangkat, Yasman

- Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman

- Yang ada darah benggali, Manbai

Ahad, 26 September 2010

MASUK KERJA BALIK

Dah lama rasenya tak updates blog aku ni,
dah lama cuti raya sejak 7hb aku cuti pas tu terus g KL ada persidangan OKU 1 Malaysia anjuran Kementerian dan Makpem kat PWTC. Alhamdulillah balik juga aku ke Kelantan. Hari ni hari kedua masuk kerja nak panas-panaskan punggung dah lama tak gi kerja....tak pelah....pasal kursus ni HQ ntah mcmana tak ada rekod pegawai yang pergi kursus. sampai aku pun kena disuruh gi kursus lagi. aku apalagi kata dah 40 hari kursus....selamat2.....banyak sangat kursus tahun ni....ntah la kerja kursus aku la nampaknya.

Ahad, 15 Ogos 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.

Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.


Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.


“Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.


“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.


Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim.


Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan

Penawar Segala Ancaman

SURAH al-Fatihah adalah pembuka kitab suci al-Quran. Sebagai hamba Allah, kita perlu meyakini kalam Allah itu adalah penawar serta petunjuk daripada segala bentuk ancaman tidak kira berupa penyakit, kesesatan atau kegelapan.

Malah, dalam sehari sebanyak 17 belas kali surah yang terhimpun tujuh ayat ini dibacakan dalam ibadat solat kita.


Keagungan dan kebesaran surah al-Fatihah ini pasti terpancar dalam diri seseorang jika kita fahami dengan mendalam segala kandungan yang termuat di dalamnya. Empat ayat pertama di dalam surah al-Fatihah mengenalkan manusia bahawa Allah adalah Tuhan alam semesta.


Ia menerangkan kepada kita saat hari pembalasan yang pasti akan tiba. Allah juga menerangkan kepada seluruh umat manusia bahawa Dia bersifat rahmat.


Justeru, secara semula jadi akan timbul perasaan hamba dalam diri manusia. Kemudian pada ayat kelima, surah al-Fatihah hadir dalam bentuk ucapan.


Ia menandakan perubahan yang berlaku pada diri manusia sebelum mengenal Allah dan selepasnya. Perubahan bentuk ayat daripada penyataan berkenaan menjadi ucapan jelas bahawa kita perlu lahirkan perasaan ikhlas untuk melakukan segala ibadah kepada Allah.


Semoga segala rahsia yang diwariskan nabi junjungan besar kita, Muhammad s.a.w ini berupaya menjadikan diri serta menyuntik diri seseorang memilih jalan lurus sebagai corak hidupnya. Apa yang perlu kita ketahui, al-Fatihah yang diajarkan kepada kita adalah untuk mendidik diri. Ia tidak terhad membaca teksnya tetapi mesej Ilahi berkenaan perlu benar-benar dilihat, didengar, dirasa dan dialami manusia. Mungkin boleh dikongsikan bersama, kekuasaan kalam suci ini terbukti pada Fudhoil bin Iyadh, iaitu seorang penyamun yang sangat terkenal pada zamannya. Ketika sedang memanjat dinding jirannya untuk mencuri lalu mendengar ayat al-Quran yang berbunyi: “Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berkelakuan) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.” (Surah al-Hadid ayat 16).

Hukum Mempersenda Orang Lain

PERBUATAN mempersendakan dan merendah-rendah seseorang atas keburukan fizikal adalah haram.

Perbuatan sedemikian seolah-olah menganggap dirinya lebih baik daripada Allah sebagai Pencipta segala makhluk. Ini jelas apabila Allah sendiri melarang perbuatan berkenaan dalam al-Quran dengan firman-Nya: "Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat, merekalah orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11).

Mereka yang berbuat demikian termasuk dalam golongan fasik kerana melanggar larangan Allah dan jika tidak bertaubat termasuk dalam golongan zalim.

Zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Ini kerana manusia disuruh hidup berbaik-baik antara satu sama lain.

Ambil Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.